Friday, 5 August 2011

Bulan Keberkatan...Ramadhan Al-Mubarak

1st...saya nk ucapkan selamat berpuasa...
hope tahun nie dpt posa penuh la yer...(^^,)
saya pon harap bulan nie dapat membetul diri nie...yer la sebagai manusia, tidak pernah lari dari melalukan kesalahan dan dosa kan...saya harap sangat  boleh berubah menjadi seorang insan yang baik...
biarlah orang tidak nampak kebaikan yang kita lakukan..yang penting Allah s.w.t nampak...saya juga harap dapat buang perasaan yang tidak baik dalam diri ini samaada dalam keadaan sedar atau tidak...

Ya Allah, kau berikanlah aku pertunjuk dan hidayah, tunjuklah jalan yang lurus pada aku dan keluarga ku...sesungguhnya aku ingin menjadi hampa mu yang solehah...

Terima kasih jua Ya Allah, kerana kau murahkan rezeki dalam bulan puasa nie...aku bersyukur sangat2 dan insyallah aku tidak akan sia2kan rezeki yang kau berikan pada ku selagi sumbernya dari hasil yang halal Ya allah...aku sangat2 bersyukur..amin


Sama2 lah kita bersyukur dengan apa yang Allah berikan dan tetapkan yer...janganlah sesekali mensia2kan nyer dan merendahkan pemberian yg allah anugerahkan kepada kita...semoga bulan puasa ini kita dapat mempertingkatkan amalan kebaikan kita...Akhir kata SELAMAT BERPUASA...

peace (^^,)

Thursday, 23 June 2011

Pilihan...

As Salam...
Sedar atau tidak sebenarnya dalam hidup kita nie perlu membuat pilihan...
dari semua segi kita perlu membuat pilihan...kerana setiap pilihan akan menentukan hitam putih kehidupan kita nanti...
sekarang saya baru sedar yang setiap perkara yang kita tempuh sebenarnya kita yang kena tentukan bukan serah pada takdir semata-mata...Allah tidak akan memberi kalau kita tidak meminta...
kita pernah melepaskan banyak perluang dalam hidup nie tanpa membuat penilaian dahulu...akhirnya menyesal...
tapi benda dah berlalukan...biarkan la...yang penting akan datang nie perlu buat pilihan sendiri...bukan hanya mengharapkan pilihan orang jer...
walaupun jodoh sendiri...
bab pasal jodoh pon sedih juga memikirkan...
setiap kali bila sudah membuat pilihan pasti pilihan itu telah dimiliki orang lain...
bukan senang seseorang itu untuk menerima seseorang yang asing baginya...
berilah masa yang secukupnya untuk dia berfikir...
mungkin dia bukan jodoh kita.


ok lah...setakat ini jer dulu...nanti berpanjangan plak...dengar la lagu nie ae...(^^,)

Wednesday, 15 June 2011

Kekeluarga???

As Salam...
hari ini saya nak kongsi sikit berkaitan kekeluargaan...
wujud ker istilah putus saudara???atau dibuang keluarga???
dasyat tak kalau betol2 terjadi???
sebenarnya manusia nie sanggup buang apa saja asalkan dapat kepuasan diri sendiri...
perkara yang kecil pon akan jadi besar klau dia sebenarnya memang berdendamkan...

Biar saya ceritakan satu kes nie...

Ada sebuah keluarga nie, sebelum ini mereka memang rapat..rapat sangat2...
tapi kerana kearapan mereka Allah swt nak uji sejauh mana mereka saling sayang menyangi nie...
Allah swt menguji mereka dengan menurunkan masalah yang berpunca dari orang luar...
bermulanya si saudara perempuan nie tidak puas hati dengan kawan kak saudara nie...mula2 kutuk mengutuk...tapi kak saudara nie tak masuk campur sebab ini antara mereka...tiba2 isu itu semakin besar..si saudara perempuan nie telah menokok tambah cerita dan cuba mengkaitkan isu maruah kawan si kak saudara nie...maka kak saudara nie terpaksa masuk campur kerana dia tersempit tengah..(kalau kita msti pilih saudarakan???tapi klau nk masuk belah saudara pon tengok la kes apa yang diaorang wujudkan, jangan ikut kata hati jer)...bila kak saudara nie masuk campur untuk selesaikan masalah nie dia minta kedua2 pihak jumpa dan berbincang...bawa sekali saksi2 yang buat cerita nie...betul ka benda tue terjadi???selesaikan masalah secara elok...kita orang yang berilmu maka selesaikanlah dengan cara berilmu bukan cara berfikiran pendek...tetiba mak pada saudara perempuan nie tak mahu berjumpa, xmahu berbincang...dia salahkan ank saudaranya kerana semua perkara nie terjadi...dan salahkan anak saudarad dia kerana menyebelahi kawan dan bukan keluarga...(adakah tindakan mak saudara nie betul???wahal ank saudaranya hanya nak selesaikan secara elok , tanpa ada pemusuhan antara mereka...itu pon dianggap salah ka???)...apa sahaja yang kak saudara nie cakap semua mak saudara nie fikir negatif, salah faham, kerana yang menyampaikannya itu menambah cerita sebenar...Oleh kerana itu, mak saudara nie dah tak mengaku yang anak saudara dia nie bukan lg dari keluarga mereka...patut ka???berat ujian Allah swt keatas mereka kan???tapi kak saudara nie boleh terima kerana walau macam mana penghinaan, kemarahan, maki dia, dia terima kerana mereka keluarga dia.

Allah swt maha kuasa, setiap ujian yang dia turunkan tue ada hikmah...bersyukurlah kepada Allah swt kerana beri ujian seberat ini...sekurang2 nya Allah masih sayang pada hampa nyer sebab itu dia turunkan dugaan..(bukan semua Allah swt turunkan ujian pada hampanya..hanya hampa yang bertuah jer akan dapat gudaan tersebut...syukur alhamdulilllah


*psst..faham tak jalan cerita nie???kalau tak faham kita pendekan yer...punca kes ini adalah datang dari hati dan diluahkan dengan mulut kita nie ha...kalau tak buruk2kan orang...menambah2 cerita sediaada, mereka2 cerita, mengapi2kan orang yang tengan panas, memaki2 dan menghina2 org, sentiasa berfikiran negatif...smua nie tak akan berlakukan...jadi...sebagai manusia setiap percakapan dan tindakan kita kena la berfikir dahulu, betul ka? klau aku kata seperti nie apa akan terjadi masa akan datang? bertul ka tindakan aku nie? yang penting kalau kita ragu2 istigfar banyak2...mudah2an Allah swt akan beri jalan pada kita....


sekian wasalam...renung2kan lah yer....(^^,)

Monday, 6 June 2011

RAMA-RAMA

As Salam...

Untuk blog kali ini, ekin nak "story" sikit kenapa ekin suka sangat rama-rama...(^^,)...dari kecil lagi ekin sangat teruja dengan rama-rama...pantang tgok rama-rama mesti jer keja nk tangkap jer...pastu mula la berangan2...hehe...yer la nak cantik seperti rama-rama...dan semua orang suka...

sebenarnya, rama-rama ini merupakan serangga yang unik...sebelum ia menjadi rama-rama, ia adalah ulat bulu...Semasa ia menjadi ulat bulu, ia menghadapi banyak kesukaran...yer la nak berjalan pon perlahan walaupun kaki banyakkan..dah tue kena panjat pokok plak semata2 nak cari makanan...dan lagi hidupnya sentiasa terancam... burung2 sentiasa memerhatikannya untuk jadikannya makan mereka plak...sangat bahayakan...tapi ulat bulu nie sabar...setiap hari ia akan teruskan hidupnya...walaupun ia tahu kadang2 pokok2 yang dia panjat tue tinggi tapi ia tetap juga panjat xkira la kena ambil masa berjam2 pon janji matlamat ia nk sampai ke pucuk tue tercapai gak...kenapa daun pucuk jer ia cari??? sebab daun pucuk lebih lembut dari daun2 lain sebab tue dia suka makan daun pucuk...(^^,)...bila matlamatnya nak makan pucuk tercapai, ia akan bina kepompong plak sebagai tempat ia bertukar menjadi rama2..kira2 kelahiran kedua ia la...tak ingat plak brapa lama ia ambil masa duk kat dalam tue...3 hari kot??..bila dah tiba masanya, ia akan keluar dari kepompong tersebut dan menjadi rama-rama yang cantik...ia tak perlu merangkak lagi untuk kesana sini dah...ia hanya terbang...terbang..dan terus terbang jer sambil pusing2 meraikan kejayaan ia jadi rama2...ia juga tahu yang ia ada masa 24 jam sahaja untuk hidup sebagai rama...tapi ia tidak pernah putus harapan...ia terus bergembira juga...terus terbang...terus cari makan...dan terus cari pasangan...dlm masa 24 jam nk cari pasangan???sempat ka???waallahualam...kuasa Allah SWT kan...semua perkara pon mungkin terjadi...

Oleh itu, rama-rama nie walaupun ia cantik dan boleh terbang sana sini...sebenarnya ia mmg berhak untuk dapat pujian bergitu...kerana sebelum menjadi rama2 pelbagai kesukaran hidup dia tempuhi...sabar...usaha...dan tak putus asa...akhirnya terbalas juga dengan menjadi rama2 yang cantik kan...walaupun hudup tak lama tapi ia tetap bersyukur kerana dapat menjadi rama2 yang sentiasa disebut2 oleh orang akan kecantikanya itu...

Gitu la ceritanya...nie dari persektif ekin la...orang lain punya perspektif waallahualam la...apa2 pon rama-rama sentiasa jadi pilihan ekin....sekian wasalam (^^,)

Peace and no war...(^__^)

Friday, 3 June 2011

Assalamualaikum...

Alhamdulillah sempat juga nak buka blog yg baru nie...
slalu sibuk jer tak sempat nak berblogger...hehe
blog yang lama dah kena block la...xtau kenapa..huhu
sayang kan..emmm..xpa la...
blog baru , isi nyer pon baru gak la...
yang lama tue biarkan berlalu...hehe..(^^,)

well...if i'm not busy, i'm will try to upload new story & picture k...
actually...alot thing that i'm try to write it...but  i'm so busy right now...
for ma friends..i will try to fine u all again ae... see yea..(^_^)