PEMBANGUNAN???
Tahu ker apa makna pembangunan???
Kenapa penting nyer pembangunan???
Apa faedah nyer pembangunan???
Ada orang kata pembangunan tak penting…bina bangunan sana sini tetapi graduan tetap menganggur…salah pembangunan ka???
Ok meh kita lihat kenapa pembangunan itu penting…
Sebenarnya pembangunan nie sangat penting...
Salah satu nyer sumber pekerjaan la...
Tahu kenapa???
Sebab nak bina sesebuah bangunan tue bukanlah semudah bermain lego...dan hanya perlukan 2 3 orang jer untuk siapkannya..dan bila bangunan tue dah siap bukan nak dibiarkan kosong tanpa penghuni kan..mesti la nak diisi dengan orang kan...dan orang tue pulak bukan saja-saja nak duduk lepak kat bangunan tue...mesti ada sebab nyer...salah satu nyer keje la....
Mari kita tengok berapa ramai orang yang terlibat sebelum dan selepas pembinaan bangunan...
1)sebelum nak bina bangunan kena ada bajet...lepas tue baru buat perancangan...sapa yang buat semua tue???mestilah mana2 pihak yang nak tambah @ wujudkan bangunan tersebut...kenapa???sebab tak cukup ruang untuk menempatkan pekerja2 @ pelajar2 @ lain2...
2) selepas tue..pihak tersebut akan melantik konsultan untuk memajukan cadangan dan struktur bangunan tersebut....sapa yang terlibat??? Arkitek (rekabentuk bangunan),kejuruteraan awam & struktur (merekabentuk struktur bangunan), kejurutaraan elektrik & mekanikal (wayering & mesin), Juruukur bahan ( membuat anggaran kos bagi bangunan tersebut)..berapa ramai dah yang terlibat???
3) kemudian, barulah tender dibuka pada umum..biasanya di iklankan di suratkabar la...masa nie para kontraktor akan kemukakan anggaran harga masing2..maka, hanga yang paling hampir dengan anggaran yang konsultan anggarkan akan terpilih la..agak2 barapa ramai kontraktor yang isi tender tersebut???pening juga nk nak pilih nanti...
4) kontraktor yang berjaya mendapat projek tersebut akan mula menjalankan projek tersebut...so, mereka akan melantik pengurus tapak,jurutera, penolong jurutera, penyelia tapak, kerani tapak, pekerja-pekerja mahir (tukang kayu, tukang besi, tukang paip dan banyak lagi tukang la dan pekerja am (kerja-kerja sampingan)...bukan kontraktor untuk membina bangunan tersebut saja...ada kontraktor elektrik, mekanikal, pencegah kebakaran, penyaman udara, ICT dan lain2 la...memang ramai la yang terlibat..lagi besar projek lagi ramai pekerja2 tersebut diperlukan...
5) setiap konsultan sebagai pegawai penguasa juga perlu melantik wakil tapak untuk memantau dan memastikan kerja2 pembinaan tersebut dijalankan mengikut aspek dan spasifikasi yang telah di tetapkan.
6) apabila bangunan tersebut dah siap takkan nak biarkan macam tue jer kan...jadi akan diisi la dengan pekerja2 dan sebagainya..untuk apa???mestilah untuk keselesaan..tak perlu berhimpit2,berkongsi, dan sebagainya...lagi besar dan tinggi sesebuah bangunan tersebut mestilah memerlukan ramai pekerja...terutama kerja-kerja yang melibatkan pengurusan, akauntan, HR, dan sebagainya...mengikut fungsi bangunan tersebut...kalau nak senaraikan nie memang banyak...fikir2kan la yer...
Bayangkan, itu baru sebuah bangunan...klau 10,20 bangunan dalam setahun dibina???...berapa ramai pekerja yang diperlukan???...
Dan..bayangkan juga, kalau dalam setahun tue langsung xdak pembangunan???mana pekerja2 diatas tue nak pergi ae???tambah pula setiap tahun mesti ada graduan dari IPTA dan IPTS...mana diaorang nie nak pergi???
Oleh itu, semuanya bermula dengan pembangunan...tak kisah la pembangunan tue dari segi apa pun, semua merupakan sumber pendapatan negara dan yang penting pendapatan kita la...jika tak ada pembangunan macam mana???
Kalau nak diterangkan memang banyak...boleh buat buku plak nanti...hehe..jadi, sebagai seorang yang cerdik pandai marilah sama2 kita fikir kenapa pembangunan itu penting...wasalam..peace no war..(^^,)