Assalamualaikum...(^_^)
Untuk topik kali ini, saya nak sentuh berkaitan keyakinana, saya percaya ramai antara kita yang kurang berkeyakinan, betul tak??? tambah-tambah lagi bila ada orang yang sentiasa nak buat kita rasa rendah diri (down).
Oleh kerana orang yang seperti itu, kita slalu rasa yang diri kita nie tidak sempurna, kurang pengetahuan, tak boleh diharap, tak cantik, tak tahu buat apa-apa yang boleh membanggakan orang lain, rendah diri , diri kita tak penting, stress dan banyak lagi. Bila berdepan dengan orang lain, kita mula la tunduk kepala, fikir tanggapan buruk orang pada kita, tak mahu berinteraksi dengan orang dan menyendiri..chill guy!!! come on, we should not thing all negative about ourself. Only we know about ourself, not another person (terus speaking uu..hehe (^^,) )
Dulu saya akui, saya pun ada perasaan yang sama (seperti diatas), satu malam saya terfikir kenapa perlu biarkan orang lain fikirkan dan nilai diri kita???siapa diorang nie suka-suka hati nak (create) diri kita???diorang bukan ada dalam diri kita 48 jam, hanya kita jer tahu kemampuan dan kebolehan kita. Mulai malam tue saya tekad akan berubah menjadi lebih positif dan tidak akan sesekali berfikiran negatif lagi.yeahhh chayokk chayokk (semangat berginilah yang kita perlukan)
Keesokannya, sampai di pejabat, saya serah surat letak jawatan (masalah saya bos saya yang suka bagi saya down dan mengambil kesempatan atas kurang keyakinan saya). Saya yakin yang masih ada lagi syarikat yang perlukan perhidmatan dan menerima kebolehan saya. Dalam hati memang takut tak dapat keje lain, tapi saya percaya Allah SWT akan membantu hambanNya yang teraniaya. Alhamdullilah tidak sampai sebulan saya dapat kerja baru. Saya mulakan diri yang baru, yang lebih berkeyakinan, berterampilan, berkebolehan dan positif. Setakat sekarang saya suka dengan tempat kerja dan kerja baru nie. Sebarang masalah kerja saya dapat selesaikan dengan keadaan yang minima stress dan lebih cool. (cayahhh arr (>.<))
Meh kita kongsi cara saya mengatasi masalah kurang keyakinan nie mana nak tahu berkesan juga pada u olls :-
1)Positif- sebelum ni u olls slalu berfikiran negatif terutama pada orang yang tak kenal. Tukarkan fikiran tersebut kepada positif contoh
negatif-"eh nape dia pandang aku macam tue??dia tu mesti tak suka aku kan, sebab aku tak cantik seperti orang lain"
positif-"eh nape dia pandang aku macam tue??biarkan la dia nak fikir apa pon pasal aku, tak luak pon poket aku nie. senyum jer kat dia confirm dia tak pandang aku dah..hehehe (make u self happy with it)
bukan saja berkaitan orang, semua perkara yang belum berlaku kita perlu berfikir positif.
2)Berketerampilan- penampilan pon kena jaga jugak, dulu kita pakaian kita ikut suka kita jer kan. Baju warna merah, seluar hijau, tudung koko (sangat-sangat tak sesuai) pastu jarang-jarang sekali nak gosok pulak. JANGAN!!!!! ok. Sesuaikan pakaian kita dengan keadaan dan persekitaran. Cara kita jalan pon kena jaga jugak, jangan jalan kalut-kalut, jalan dengan relax dan pandang kedepan, mata kita mesti fokus ke arah hadapan dan telinga kita mesti kena peka dengan bunyi sekeliling.
sedikit tip:
.jpg)
.jpg)
.jpg)
jangan lupa, makeup jangan terlalu tebal dan jaga bau badan. Pakai la perfume sikit yer :)
3)Yakin- yang nie paling penting, setiap kerja atau keputusan yang kita lakukan hendaklah yakin iaitu, bila kita membuat satu pekerjaan, kita mesti tertanya-tanya "betul ka macam???ish takkan kot??" . betul tak kita tertanya2 bergini??
caranya untuk kita yakin dengan kerja yang kita lakukan tersebut,
i) setiap pertanyaan kita tue, kita kena beri jawapan sendiri contoh "betul ka macam nie??"
apa yang perlu kita buat, semak semula kerja tersebut dan fahami nyer agar bila ada orang mempertikaikan kerja kita tue kita ada jawapan nyer. Selain itu, tanya pada orang yang lebih berpengalaman dan jadikan dia sebagai rujukan. Jangan hanya diamkan diri bila orang bertanya tetapi jawab dengan yakin, tunjuk mimik muka yang kita yakin dengan kerja kita.
ii) Bila ada orang tanya kita sesuatu jangan beri jawapan "TIDAK TAHU" (utara kata TAKTAU) tetapi beri jawapan "BAGI MASA UNTUK SAYA SEMAK atau PASTIKAN".Andai kata dia nak kita beri jawapan tue serta merta, jawab dengan yakin dan pasti tanpa ragu-ragu walaupon sebenarnyer kita tak yakin dengan jawapan tue. lepas tue baru kita semak, jika jawapan yang kita beri tue salah, beranikan diri beritahu orang tersebut dan betulkan semula, dia tidak akan marah nyer. jangan diamkan diri dan biarkan sebab masa akan datang isu tersebut pasti akan dibangkitkan dan masa tue kalau kita minta maaf pon orang xkan maafkan dah.
4) Kebolehan- Tunjukan pada semua orang yang kita juga berkebolehan tidak kira lah kebolehan kita kecil atau besar, yang penting kita juga ada kebolehan dan berbangga la dengan kebolehan yang kita ada tue (jangan sampai riak pulak yer, berdosa tue :)). Jangan biarkan orang lain menilai kebolehan kita saja, lakukan terbaik, usaha dan perbaiki kebolehan tue. "belakang parang jika diasah lama-lama tajam jugak" sama seperti kita jugak.
5) Motivasi- Andaikata sedaya upaya kita buat sesuatu tapi masih tidak dapat menaikan keyakinan kita, cuba motivasi diri, duduk di suatu tempat yang sunyi (dalam bilik ka, taman ka,bilik air pon boleh) berfikir sejenak, nilai diri kita, cuba yakinkan diri sendiri yang kita boleh lakukan.Jika perlu nagis, nagis la puas-puas pasti lepas nagis tue kita akan rasa lebih tenang dan semangat baru akan muncul (nagis bukan bererti lemah yer, tapi untuk jadi lebih kuat). Apabila kita rasa nak (down) jer cepat-cepat motivasi diri. Jangan dengar kritikan orang yang negatif tue tetapi jika ada kritikan positif jadikan ia satu semangat.
Sekian sajalah coretan saya tue yer, ingatlah jangan biarkan orang lain menguasai diri kita, membuat keputusan untuk kita, dan mengadili diri kita. Kita lah yang berhak untuk menentukan semua itu, kerana hanya kita yang lebih kenal diri kita sendiri. Yakinlah dengan apa yang kita lakukan selagi perkara tue tidak terpesong dengan agama kita.
adiosse (^___^)