Wednesday, 3 October 2012

SUKA TAK SEMESTINYA MEMILIKI

SUKA TAK SEMESTINYA MEMILIKI

Assalamualaikum...

Coretan kali berkaitan apa yang selalu membuatkan hati kita tidak senang, gunah gulana dan tidak tenteram. Semestinyalah berkaitan perasaan iaitu perasaan suka, kasih dan cinta pada seseorang. Kita tak boleh lari dari perasaan ini kerana Allah SWT mencipta kita dengan penuh keunikan, ketelitian dan kesempurnaan. Sebagai hambanya, kita perlu bersyukur dengan nikmat yang DIA berikan ini dan tempuhinya dengan penuh keredhaan. Cuba kita hayati betul-betul perasaan yang dianugerahkan kepada kita ini, sebenarnya bukanlah untuk membebankan kita tetapi untuk membuatkan kita lebih kuat, tabah dan berani menjalani kehidupan seharian kita di mukabumi yang sangat-sangat indah ini. Cuba bayangkan jika kita hidup tanpa ada perasaan???tak penah menangis, ketawa, marah, senyum, sakit, cemburu dan sebagainya. Adakah akan wujud kenangan???mesti kita akan rasa bosan dengan kehidupan sebab tiada benda yang nak kita ingatkan, kenangkan dan nak jadikan panduan hidup.

Panjang pulak pembuka kata tue...(^___^)

Kembali kepada tajuk asal, perasaan sebenarnya sesuatu yang kita tidak boleh lihat dengan zahirnya, ia wujud sendiri tanpa kita duga dan minta. Kadang-kadang, bila kita melihat seseorang itu tiba-tiba terdetik dekat hatim kita sesuatu yang susah nak jelaskan dengan kata-kata tetapi apa yang kita boleh bagi tahu adalah SUKA contohnya:-

A: B, kau kenal tak dia tue??
B: yang mana??
A: yang pakai kemeja putih jalur-jalur biru tue
B: owh dia tue C, budak kelas Elektrik. Kenapa kau tanya??kau pernah jumpa dia ker
A: tak pernah, tapi bila aku tgok dia aku rasa suka sangat dan rasa nak tengok dia hari-hari.
B: kenapa kau suka sangat kat dia tue, aku tengok biasa jer tak ensem pon, xda apa-apa yang menarik pon, dia tue poyo la.
A: tapi aku rasa aku suka dia, susah nak terangkan kenapa aku rasa seperti tue.
B: ko nie buka mata luas-luas la..macam tue pon ko boleh suka.

Pernah laluikan situasi seperti tue??situasi yang mana kita susah nak terangkan kepada seseorang dengan apa yang kita rasa. Walaupun kita cuba nak terangkan tetap tak akan sampai apa yang benar2 kita terangkan itu. Balik-balik kita jugak yang kena betul tak??.Lain orang lain sudut pandangannyer, dimata kita indah tapi dimata orang lain mungkin tidak.

Apabila kita suka seseorang tak semestinya kita harus memilikinyer tapi tidak salah juga kalau kita berusaha untuk memilikinya.Mana nak tahu kalau dia memang ditakdirkan untuk kita kan. Andai dia bukan untuk kita jangan pula kecewa dan menangis kerananya, ia akan lebih menyakitkan dan melukai hati kita kelak. Lebih baik kita doakan kebahagiaan dia dan turut rasa bahagia apabila melihat dia bahagia. Dengan cara itu, hati kita akan lebih tenang dan turut rasa bahagia juga.Selain itu, cuba untuk terima orang lain yang cuba mengetuk pintu hati kita ini, dan mungkin dialah yang sebenarnya untuk kita. Tak perlu sakiti diri sendiri hanya kerana rasa hati kita tidak dibalas.Sesungguhnyer mungkin orang lain itu lebih baik untuk kita.

Bak kata seseorang pada saya, jika kita benar-benar suka dan sayangkan seseorang itu, pastikan dia bahagia dengan orang yang dia sayang kerana jika kita memaksa dia terima kita, belum tentu dia rasa kebahagiaan dan kita jugak tak akan rasa bahagian bila melihat dia tidak bahagian kan. Lebih baik kita jadi sahabat yang terbaik untuk dia, sahabat yang boleh berkongsi suka, duka, susah dan senang bersama dia. Sahabat yang sentiasa berada disisi dia walaupun apa yang terjadi. Dengan cara itu, dia akan lebih menghargai kita bergitu jugak kita. Status 'SAHABAT' nie adalah yang terbaik kerana tiada perkataan perpisahan antara sahabat dengan sahabat bahkan sebenarnya lebih akrab lagi dari kekasih atau sebagainya.

Budak-budak zaman sekarang ini mudah rasa kecewa kerana ditolak oleh seseorang yang diorang suka. Mula la nak ambik tindakan yang melampaui batas. Akhirnya diri sendiri menyesal. Jangan dilayan sangat perasaan kecewa itu kerana tidak memberi keuntungan apa-apa pon. Sebenarnya setiap kali kita rasa kecewa Allah SWT nak kita mengadu padaNYA dan ingat yang DIA tidak pernah kecewakan kita. Apa-apa pun kembalilah kepada Allah SWT semula.

 Ingatlah, sepertimana kita suka seseorang tue mesti ada orang lain yang menyukai kita seperti itu juga.Jadi terimalah orang tue seadanya yer. Jangan lupa setiap perkara yang kita lakukan berdoa memohon keredhaan Allah SWT.

Sekian jer lah entry kali nie.Igat nk tulis sikit jer tapi jadi panjang plak (^__^). Harap apa yang saya nak sampaikan tue semua pembaca faham yer.

~MISS BUTTERFLY~

dengarlah lagu2 nie lirik agak best >_<




No comments:

Post a Comment