Monday, 26 November 2012

Suka Dalam Diam (^__^)

Assalamualaikum...

Pernah tak ada perasaan minat pada seseorang(secret admire)???
tipu la kan tak pernah ada perasaan macam tue kn kn kn...:)
Dulu masa di sekolah perasaan minat pada seseorang nie perkara biasa la...budak kelas A suka budak kelas B..budak kelas B suka kelas C..selalunya budak yang paling giat dan aktif di sekolah la yang jadi tumpuan..mesti ramai yang tergila2kan dia.
kadang2 sanggup datang sekolah lebih awal semata2 nak tgok orang kita minat tue jalan masuk kelas (i la tue :D) its normal ok...semua orang yang pernah bersekolah merasai perkara sama..tipu la klau kata tak pernah atau tak telintas pon..sebab Allah memberi kita hati dan perasaan untuk kita merasai semua ini cuma bezanyer bagaimana kita dapat mengawal perasaan tersebut. 
Shikin akui shikin pon salah seorang yang mempunyai "secret admire". 
Meh nak cite serba sikit  pasal "secret admire" nie :D  
Masa zaman sekolah dlu, shikin sekolah di sekolah teknik jadi kena la duduk asrama..biasalah bila duduk asrama nie bermacam-macam cerita akan dikongsikan dengan kawan2 bilik terutama cerita pasal budak lelaki ( cerita paling top selain cerita hantu..hehe). Saban hari kawan2 bilik akan ceritakan pasal lelaki yang diorang minat (masa tue shikin tak berapa minat nak join diorang cerita2 macam nie..konon nyer anti-lelaki la. bagi shikin, masuk kelas balik kelas tido lagi bagus..hehehe)
Pada satu ketika, kawan baik shikin ajak teman dia jumpa admire dia dekat kelas budak tue, sebab best friend shikin pon teman la dia (dia syok jer duk sembang dengan budak tue yang kita kena tunggu dia kat tangga sorang) tiba-tiba ada seorang mamat nie naik tangga tue nak masuk kelas dia la secara tak sengaja shikin terpandang mata dia dan dia pon sama pandang mata shikin tiba2 ada rasa dup dap dup dap (masa tue muka shikin automatik merah menyala la) dan dalam hati tertanya-tanya sapa la mamat nie tak pernah nampak pon. Sejak hari itu, asyik teringat jer peristiwa tue (hati tertanya2 adakah aku suka dia)setiap hari mesti kena tengok dia walaupon sekejap jer..sanggup masuk kelas awal semata2 nak tengok dia jalan masuk kelas dia (lawak pulak bila di igatkan semula) perkara tue terjadi selama setahun lebih dan tak siapa pon tahun cuma best friends sorang jer yang tahu. Masa tue, shikin memang tak berani nak bagi tahu dia sebab perasaan yang teramat la malu, shikin seorang yang permalu dan jarang bergaul dengan lelaki.
Dan Selepas SPM shikin dah tak tahu macam mana nak tengok dia dan agak sedih la tak dapat usha dia dah..huhuhu 
Tak sangka masa tengah tunggu result SPM keluar, kawan shikin yang nama Syikin jugak ajak teman dia "blink date" dengan budak sekolah shikin so tanpa banyak soal shikin teman la dia (asyik teman orang date jer masa tue..emmm) masa tengah tunggu jejaka tue dekat food court , tiba2 ada seorang mamat masuk food court dengan gaya ala2 artis korea ( masa tue drama korea memang tengah top) rambut separa bahu b'terbangan kena tiup angin aircond memang terpaku kami berdua. Shikin lagi la tak sangka, orang tue adalah orang pernah shikin usha hari2 dekat sekolah, agak terkejut dan terkesima tapi muka buat2 macam tak berminat wahal dalam hati nie duk kata kenapa dia..kenapa diaaaaa...itu adalah kali terakhir shikin jumpa dia dan admire kat dia coz mungkin dia dengan kawan shikin tue ada "relationship" agak sedih sangat masa tue...wawawaaaaaaa
Opsss..crite tue tak abis dekat citu yer ada lagi nie......
Tanggal tahun lepas 2010 (setelah 7 tahun lebih kurang), wujudnya FaceBook, shikin mula la Add dan Approve kawan2 sekolah dulu (masa tue baru kenal facebook) dan tak disangka sekali lagi DIA dah add shikin...masa tu teringatla zaman2 sekolah tapi tak mahu menaruh harapan dah...tak pernah chat sama sekali...sampai la satu masa, shikin tertarik gambar pemandangan yang dia ambil..menarik sangat jadi shikin pun puji la yang gambar dia tue menarik (Memang betul2 menarik)...selepas itu, kami mula membalas komen, chat, msj dan sampai sekarang kami masih lagi berhubung (BBM, viber dan whatupp plak..hehehe)..Ternyata setelah menjadi kawan dia, dia seorang yang baik, ambik berat, peramah, sangat selesa dengan dia, dengan dia shikin sentiasa gembira...dia jugak boleh jadi pendengar setia dan tak pernah sekali menyakitkan hati...DAN rasa yang lama muncul kembali...setiap hari mesti kena menjengah FB dia dan tengok balik gambar2 dia...tak pernah sekali pun shikin rasa jemu walaupun berulang kali tengok dia...dan dia masih tak tahu yang shikin sukakan dia hingga sekarang...Menjadi kawan dia sudah membuat shikin tersenyum gembira...Pada si DIA, terima kasih kerana sudi berkawan dengan shikin."secret admire"
NAk mengharap lebih2 dari DIA, Kita tak tahu apa rancangan Allah SWT kepada kita...jadi Redha jer..dan jika dia tanya soalan "will u be with me?"....Sure shikin akan kata "I DO" :D



gambar ini paling shikin suka :)




gambar dari lanse dia :)




Tuesday, 6 November 2012

SURPRISE !!!!


ASSALAMUALAIKUM

Pernah tak sesiapa buat surprise kat seseorang atau terima surprise dari seseorang??
Sejujurnya shikin tak pernah dapat surprise dari seseorang...(huhuhu terasa sedih la pulak )
tetapi pada 3 Nov 2012 yang lepas, shikin ada buat surprise dekat seseorang.
Nak tahu surprise apa?? TARAAaa

Bunga coklat, teddy bear comei, novel dan kad ucapan. 

Disuatu malam , ketika sedang baring2 dan memikirkan sesuatu (wahh macam cerita seram plak), terlintas difikiran untuk membuat kejutan pada sidia. Jadi shikin terfikirlah benda apa yang boleh buat dia gembira, ceria, terharu dan dia takkan lupakan seumur hidup.

Fikir punya fikir ahaakkk dapat idea (^_^). Shikin nak buat bunga coklat sendiri yang cantik comei dan istimewa. Keesokannya, dengan semangatnyer shikin pun jalan2 la sekeliling pasaraya kot2 dapat ilham macam mana nk gubah bunga tersebut. Dari satu kedai ke satu kedai saya masuk tapi masih lagi tak dapat idea...emmm cuba cari dekat internet  tapi takda satu pun yang b'kenan.

Oleh itu, shikin terfikir lebih baik reka sendiri bunga tue baru nampak special kn kn (^^,). Selepas waktu kerja, shikin pun pergi beli la bahan2 yang shikin rasa berguna untuk buat bunga tersebut. Sesudah sampai rumah, mandi, solat dan teruskan dengan misi. Satu persatu bahan2 tue shikin belek2. Maka dengan spontan tangan ini mencantum, melipat, mnengunting, memotong (sampai teluka jugak la jari jemari nie...excited sangat nk buat..hehehe) dan akhirnya siaplah sejambak bunga rose coklat ("wahh cantik nyer...tak sangka aku boleh buat nihh, kreatif jugak la aku nie" klau kita tak puji diri sendiri sapa lg kn.. :p hehehe). Ambik masa seminggu jugak la nak siapkan gubahan yang simple macam nie..huhuhu



Hasilnya..ahakkk (^^,)

Sebenarnya, bukanlah nak cerita yang bunga shikin buat sendiri nie cantik tetapi KEIKLASAN.
Keiklasan dalam memberi sesuatu kepada seseorang.
tak kira sama ada orang tersebut istimewa atau pun tidak tetapi setiap pemberian kita hendaklah iklas dan tidak minta balasan. Jika kita iklas dengan semua yang kita lakukan, Insyallah kebaikan akan menyebelahi kita. Tetapi kalau kita tak iklas, nak buat pun macam terpaksa jer sure benda tue tak akan nmpak menarik kn.

Bagi shikin,  memang suka pada pemilik bunga coklat nie dari zaman sekolah lagi tetapi shikin tidak mengharapkan apa-apa dari dia kerana shikin sedar perasaan tidak boleh dipaksa-paksa dan dibuat-buat (walaupun dia tak pernah tahu shikin suka dia) .
Cukuplah dia gembira, bahagia dan sentiasa ceria dengan shikin. Apabila dia bahagia,shikin pun akan turut bahagia jugak. Shikin akan buat apa saja (asalkan tidak salah dari segi Agama Islam) untuk melihat dia gembira (wallahhh..hehehe).

OHhh lupa bagi tahu, pemilik bunga nie lelaki sebenarnyer...hehehe 
mesti ada yang kata "euuww, seorang gurl bagi bunga dekat lelaki?? tak malu ker"
why not???tak ada pun dalam agama kata tak boleh kn??
lagi pun shikin pos hadiah nie kat dia, so tak ada la malu sangat..klau bagi depan2 sudah tentu la malu...shikin kan gurl sudah semestinya rasa malu tue tetap ada dalam diri kn kn.
  
Yang penting, bunga yang simple ini adalah "limited addition" dan tak akan ada dijual dimana2 kedai yer...
hanya untuk dia saja...woww
Dan dan dan...hadiah nie dah sampai pon dirumah dia sehari sebelum hari lahir dia (sepatutnya sampai pada hari lahir dia, tapi abg posmen tue hantar awai sikit plak). Yang paling tersentuh, dia suka sangat2 sampai tak terkata apa2 dan terharu (tak pasti dia nagis ker tak..ahakk hehehe) sampai tak boleh tido la malam tue...
So, misi shikin berjaya la... seriously shikin sangat2 la gembira dan kepuasan buat semua nie memang tak dapat nak gambarkan (1st time buat surprise dekat lelaki kot memang susah nak bayangkan la)...walaupun tak seberapa tetapi niat shikin memang nak tengok dia gembira dan ada kenangan yang dia tak dapat lupakan. Biarlah lain dari yang lain asalkan perkara tue dia akan ingat sampai bila2.

Jika uolls suka kan seseorang, tak semestinya memaksa dia untuk terima diri uolls, dan tak perlu soal kenapa tak suka kita??apa kurangnyer kita??tak cantik ka kita?? kerana uolls tak akan dapat jawapan semua soalan tue malah akan membuat uolls rasa lagi rendah diri jer...

Thursday, 1 November 2012

PENDAPATAN TAMBAHAN (SIDE INCOME)

Assalamualaikum....(^___^)

Bila dengar pasal pendapatan tambahan nie mesti ramai yang nak tahu bagaimana kan??
saya bukan nk cerita pasal bagaimana untuk mendapatkan pendapatan tambahan tetapi saya nak cerita yang ramai orang tertipu kerana nak dapat pendapatan tambahan secara cepat.

Bohong la kalau kata saya tak mau dapatkan pendapatan tambahan ni. Saya pun nak jugak buat duit. Dengan keadaan ekomoni yang meningkat ini, kerja makan gaji sahaja tidak cukup tambahan pulak kerja yang tak berapa popular (kerani, penolong jurutera dn sebagainyer). Tak sampai tengah bulan sahaja mesti gaji dah habis wahal bukan nyer beli apa pon..betul tak??

Mana perginyer gaji kita itu?? meh kita sama2 kira yer. Kalau gaji RM 1200 (standard gaji min), dan kita perlu bayar pelbagai2 huntang
i) PTPTN               : RM 150
                             ii) Motosikal/kereta: RM 400 (termasuk minyak)
iii)untuk mak ayah   : RM 200
iv) bil api &air         : RM 50
v)Sewa bilik            : RM 100
Total                       : RM 900
baki yang tinggal : RM 300

RM 300??? cukup ka untuk makan sampai hujung bulan??
senarai tue tak bermasuk barang rumah, aset 2 lain lagi. Untuk simpanan telah la lagi. ada orang kata kena jimat cermat sikit la tapi boleh bayangkan ker macam mana nk jimat kalau baki tinggal banyak tue jer. Hari2 sementara nk tunggu hujung bulan tu nk makan apa??keperluan yang lain macam mana plak??bajet yang saya kira tue adalah paling minima yg saya dapat Tapi saya rasa sesetenggah orang tue mesti lebih lagi kn. Mesti ada yang kata bajet tue boleh kurangkan lagi. meh kita tengok kat mana boleh kurangkan


i) PTPTN   : RM 150 (tak boleh kurangkan dah sebab memang fix tapi nk bayar lebih lg boleh la)
   ii) Motosikal/kereta : RM 400 (termasuk minyak) (nie pon xboleh gak sebab tanpa transport menyukarkan kerja kita seharian, nak naik bas atau teksi lagi la kos lebih dari nie tak percaya cuba la)
iii)untuk mak ayah   : RM 200 (banyak nie pon tak cukup untuk diorang nak tampung adik2 lagi.klau kluarga dia senang sikit pon tak kan xmau bagi dekat mak ayah kot, tak rasa bersalah ka dengan pengorbanan diorang dekat kita?)
iv) bil api &air         : RM 50 (yang nie mungkin boleh kurangkan sikit tapi klau duk rumah sewa ramai2 tue ada ka semua penghuni tu nak berjimat??bayar tetap sama jugak kn??
v)Sewa bilik            : RM 100 (nie kira murah la sewa banyak nie tue pon bilik kena kongsi dengan orang lain jugak)
Total     : RM 900 (tetap tiada perubahan kan)

Oleh kerana keadaan kita terdesak seperti itu, mula la kita mencari perluan2 lain untuk mendapatkan pendapatan sampingan. Pelbagai pekerjaan yang kita lakukan tapi hasilnyer tetap tidak mencukupi jugak malah letih yang dapat. betul tak???

Jalan yang mudah untuk dapat duit dengan masuk pelaburan internet. Bermacam-macam pelaburan yang ada di internet ini. Kita pon apa lagi cuba la salah satu, tue pon sebab ada orang yang duk cucuk2 kita suruh masuk.Bila dah masuk, bulan pertama memang dapat hasil la.

Wahhhhh best nie dapat duit banyak, nie kena tambah pelaburan lg nie. Kita pon tambah lagi pelaburan guna duit poket sendiri, buat pinjaman lagi. Bila dapat duit kita tambah lagi, tambah, tambah, tambah tiba-tiba masuk bulan2 berikutnyer web pelaburan tue tak boleh buka dah. duit kita ada dalam tue
Mula la kita rasa gelabah, susah hati, tak tau nak buat apa, pinjaman pon kena bayar lagi macam2 dalam fikiran nie.

Maka bertambah2 la masalah kita kan.Oleh itu, ingin diingatkan jika nak cari pendapatan tambahan tu kita kenalah selidik betul2 apa pelaburan yang kita nak masuk tue,selamat atau tidak, macam mana pemasarannyer, sumber dia dari mana, rujuk pelaburan tue sama ada dah daftar dgn bank negara ka belum dan in case klau jadi apa2 pada sapa kita boleh rujuk dan tindakan bagaimana kita boleh ambil. Dengan cara itu kita tidaklah mudah tertipu atau ditipu.

Senang cerita, klau kita nk buat pendapatan tambahan, apa kata kita cuba sesuatu yang dapat dilihat contoh seperti berniaga ka, berniaga secara online pon boleh dpt untung jugak dan murah, tak perlu nak sewa tapak  bagai kan. Banyak rasanyer dealers yang perlukan kita untuk promosikan produk diorang tetapi (still da tetapi jugak) pastikan produk diorang itu selamat digunakan sama ada makan, sapu atau pakai.

adiosse, (^^,)