Tuesday, 6 November 2012

SURPRISE !!!!


ASSALAMUALAIKUM

Pernah tak sesiapa buat surprise kat seseorang atau terima surprise dari seseorang??
Sejujurnya shikin tak pernah dapat surprise dari seseorang...(huhuhu terasa sedih la pulak )
tetapi pada 3 Nov 2012 yang lepas, shikin ada buat surprise dekat seseorang.
Nak tahu surprise apa?? TARAAaa

Bunga coklat, teddy bear comei, novel dan kad ucapan. 

Disuatu malam , ketika sedang baring2 dan memikirkan sesuatu (wahh macam cerita seram plak), terlintas difikiran untuk membuat kejutan pada sidia. Jadi shikin terfikirlah benda apa yang boleh buat dia gembira, ceria, terharu dan dia takkan lupakan seumur hidup.

Fikir punya fikir ahaakkk dapat idea (^_^). Shikin nak buat bunga coklat sendiri yang cantik comei dan istimewa. Keesokannya, dengan semangatnyer shikin pun jalan2 la sekeliling pasaraya kot2 dapat ilham macam mana nk gubah bunga tersebut. Dari satu kedai ke satu kedai saya masuk tapi masih lagi tak dapat idea...emmm cuba cari dekat internet  tapi takda satu pun yang b'kenan.

Oleh itu, shikin terfikir lebih baik reka sendiri bunga tue baru nampak special kn kn (^^,). Selepas waktu kerja, shikin pun pergi beli la bahan2 yang shikin rasa berguna untuk buat bunga tersebut. Sesudah sampai rumah, mandi, solat dan teruskan dengan misi. Satu persatu bahan2 tue shikin belek2. Maka dengan spontan tangan ini mencantum, melipat, mnengunting, memotong (sampai teluka jugak la jari jemari nie...excited sangat nk buat..hehehe) dan akhirnya siaplah sejambak bunga rose coklat ("wahh cantik nyer...tak sangka aku boleh buat nihh, kreatif jugak la aku nie" klau kita tak puji diri sendiri sapa lg kn.. :p hehehe). Ambik masa seminggu jugak la nak siapkan gubahan yang simple macam nie..huhuhu



Hasilnya..ahakkk (^^,)

Sebenarnya, bukanlah nak cerita yang bunga shikin buat sendiri nie cantik tetapi KEIKLASAN.
Keiklasan dalam memberi sesuatu kepada seseorang.
tak kira sama ada orang tersebut istimewa atau pun tidak tetapi setiap pemberian kita hendaklah iklas dan tidak minta balasan. Jika kita iklas dengan semua yang kita lakukan, Insyallah kebaikan akan menyebelahi kita. Tetapi kalau kita tak iklas, nak buat pun macam terpaksa jer sure benda tue tak akan nmpak menarik kn.

Bagi shikin,  memang suka pada pemilik bunga coklat nie dari zaman sekolah lagi tetapi shikin tidak mengharapkan apa-apa dari dia kerana shikin sedar perasaan tidak boleh dipaksa-paksa dan dibuat-buat (walaupun dia tak pernah tahu shikin suka dia) .
Cukuplah dia gembira, bahagia dan sentiasa ceria dengan shikin. Apabila dia bahagia,shikin pun akan turut bahagia jugak. Shikin akan buat apa saja (asalkan tidak salah dari segi Agama Islam) untuk melihat dia gembira (wallahhh..hehehe).

OHhh lupa bagi tahu, pemilik bunga nie lelaki sebenarnyer...hehehe 
mesti ada yang kata "euuww, seorang gurl bagi bunga dekat lelaki?? tak malu ker"
why not???tak ada pun dalam agama kata tak boleh kn??
lagi pun shikin pos hadiah nie kat dia, so tak ada la malu sangat..klau bagi depan2 sudah tentu la malu...shikin kan gurl sudah semestinya rasa malu tue tetap ada dalam diri kn kn.
  
Yang penting, bunga yang simple ini adalah "limited addition" dan tak akan ada dijual dimana2 kedai yer...
hanya untuk dia saja...woww
Dan dan dan...hadiah nie dah sampai pon dirumah dia sehari sebelum hari lahir dia (sepatutnya sampai pada hari lahir dia, tapi abg posmen tue hantar awai sikit plak). Yang paling tersentuh, dia suka sangat2 sampai tak terkata apa2 dan terharu (tak pasti dia nagis ker tak..ahakk hehehe) sampai tak boleh tido la malam tue...
So, misi shikin berjaya la... seriously shikin sangat2 la gembira dan kepuasan buat semua nie memang tak dapat nak gambarkan (1st time buat surprise dekat lelaki kot memang susah nak bayangkan la)...walaupun tak seberapa tetapi niat shikin memang nak tengok dia gembira dan ada kenangan yang dia tak dapat lupakan. Biarlah lain dari yang lain asalkan perkara tue dia akan ingat sampai bila2.

Jika uolls suka kan seseorang, tak semestinya memaksa dia untuk terima diri uolls, dan tak perlu soal kenapa tak suka kita??apa kurangnyer kita??tak cantik ka kita?? kerana uolls tak akan dapat jawapan semua soalan tue malah akan membuat uolls rasa lagi rendah diri jer...

No comments:

Post a Comment