Monday, 26 November 2012

Suka Dalam Diam (^__^)

Assalamualaikum...

Pernah tak ada perasaan minat pada seseorang(secret admire)???
tipu la kan tak pernah ada perasaan macam tue kn kn kn...:)
Dulu masa di sekolah perasaan minat pada seseorang nie perkara biasa la...budak kelas A suka budak kelas B..budak kelas B suka kelas C..selalunya budak yang paling giat dan aktif di sekolah la yang jadi tumpuan..mesti ramai yang tergila2kan dia.
kadang2 sanggup datang sekolah lebih awal semata2 nak tgok orang kita minat tue jalan masuk kelas (i la tue :D) its normal ok...semua orang yang pernah bersekolah merasai perkara sama..tipu la klau kata tak pernah atau tak telintas pon..sebab Allah memberi kita hati dan perasaan untuk kita merasai semua ini cuma bezanyer bagaimana kita dapat mengawal perasaan tersebut. 
Shikin akui shikin pon salah seorang yang mempunyai "secret admire". 
Meh nak cite serba sikit  pasal "secret admire" nie :D  
Masa zaman sekolah dlu, shikin sekolah di sekolah teknik jadi kena la duduk asrama..biasalah bila duduk asrama nie bermacam-macam cerita akan dikongsikan dengan kawan2 bilik terutama cerita pasal budak lelaki ( cerita paling top selain cerita hantu..hehe). Saban hari kawan2 bilik akan ceritakan pasal lelaki yang diorang minat (masa tue shikin tak berapa minat nak join diorang cerita2 macam nie..konon nyer anti-lelaki la. bagi shikin, masuk kelas balik kelas tido lagi bagus..hehehe)
Pada satu ketika, kawan baik shikin ajak teman dia jumpa admire dia dekat kelas budak tue, sebab best friend shikin pon teman la dia (dia syok jer duk sembang dengan budak tue yang kita kena tunggu dia kat tangga sorang) tiba-tiba ada seorang mamat nie naik tangga tue nak masuk kelas dia la secara tak sengaja shikin terpandang mata dia dan dia pon sama pandang mata shikin tiba2 ada rasa dup dap dup dap (masa tue muka shikin automatik merah menyala la) dan dalam hati tertanya-tanya sapa la mamat nie tak pernah nampak pon. Sejak hari itu, asyik teringat jer peristiwa tue (hati tertanya2 adakah aku suka dia)setiap hari mesti kena tengok dia walaupon sekejap jer..sanggup masuk kelas awal semata2 nak tengok dia jalan masuk kelas dia (lawak pulak bila di igatkan semula) perkara tue terjadi selama setahun lebih dan tak siapa pon tahun cuma best friends sorang jer yang tahu. Masa tue, shikin memang tak berani nak bagi tahu dia sebab perasaan yang teramat la malu, shikin seorang yang permalu dan jarang bergaul dengan lelaki.
Dan Selepas SPM shikin dah tak tahu macam mana nak tengok dia dan agak sedih la tak dapat usha dia dah..huhuhu 
Tak sangka masa tengah tunggu result SPM keluar, kawan shikin yang nama Syikin jugak ajak teman dia "blink date" dengan budak sekolah shikin so tanpa banyak soal shikin teman la dia (asyik teman orang date jer masa tue..emmm) masa tengah tunggu jejaka tue dekat food court , tiba2 ada seorang mamat masuk food court dengan gaya ala2 artis korea ( masa tue drama korea memang tengah top) rambut separa bahu b'terbangan kena tiup angin aircond memang terpaku kami berdua. Shikin lagi la tak sangka, orang tue adalah orang pernah shikin usha hari2 dekat sekolah, agak terkejut dan terkesima tapi muka buat2 macam tak berminat wahal dalam hati nie duk kata kenapa dia..kenapa diaaaaa...itu adalah kali terakhir shikin jumpa dia dan admire kat dia coz mungkin dia dengan kawan shikin tue ada "relationship" agak sedih sangat masa tue...wawawaaaaaaa
Opsss..crite tue tak abis dekat citu yer ada lagi nie......
Tanggal tahun lepas 2010 (setelah 7 tahun lebih kurang), wujudnya FaceBook, shikin mula la Add dan Approve kawan2 sekolah dulu (masa tue baru kenal facebook) dan tak disangka sekali lagi DIA dah add shikin...masa tu teringatla zaman2 sekolah tapi tak mahu menaruh harapan dah...tak pernah chat sama sekali...sampai la satu masa, shikin tertarik gambar pemandangan yang dia ambil..menarik sangat jadi shikin pun puji la yang gambar dia tue menarik (Memang betul2 menarik)...selepas itu, kami mula membalas komen, chat, msj dan sampai sekarang kami masih lagi berhubung (BBM, viber dan whatupp plak..hehehe)..Ternyata setelah menjadi kawan dia, dia seorang yang baik, ambik berat, peramah, sangat selesa dengan dia, dengan dia shikin sentiasa gembira...dia jugak boleh jadi pendengar setia dan tak pernah sekali menyakitkan hati...DAN rasa yang lama muncul kembali...setiap hari mesti kena menjengah FB dia dan tengok balik gambar2 dia...tak pernah sekali pun shikin rasa jemu walaupun berulang kali tengok dia...dan dia masih tak tahu yang shikin sukakan dia hingga sekarang...Menjadi kawan dia sudah membuat shikin tersenyum gembira...Pada si DIA, terima kasih kerana sudi berkawan dengan shikin."secret admire"
NAk mengharap lebih2 dari DIA, Kita tak tahu apa rancangan Allah SWT kepada kita...jadi Redha jer..dan jika dia tanya soalan "will u be with me?"....Sure shikin akan kata "I DO" :D



gambar ini paling shikin suka :)




gambar dari lanse dia :)




Tuesday, 6 November 2012

SURPRISE !!!!


ASSALAMUALAIKUM

Pernah tak sesiapa buat surprise kat seseorang atau terima surprise dari seseorang??
Sejujurnya shikin tak pernah dapat surprise dari seseorang...(huhuhu terasa sedih la pulak )
tetapi pada 3 Nov 2012 yang lepas, shikin ada buat surprise dekat seseorang.
Nak tahu surprise apa?? TARAAaa

Bunga coklat, teddy bear comei, novel dan kad ucapan. 

Disuatu malam , ketika sedang baring2 dan memikirkan sesuatu (wahh macam cerita seram plak), terlintas difikiran untuk membuat kejutan pada sidia. Jadi shikin terfikirlah benda apa yang boleh buat dia gembira, ceria, terharu dan dia takkan lupakan seumur hidup.

Fikir punya fikir ahaakkk dapat idea (^_^). Shikin nak buat bunga coklat sendiri yang cantik comei dan istimewa. Keesokannya, dengan semangatnyer shikin pun jalan2 la sekeliling pasaraya kot2 dapat ilham macam mana nk gubah bunga tersebut. Dari satu kedai ke satu kedai saya masuk tapi masih lagi tak dapat idea...emmm cuba cari dekat internet  tapi takda satu pun yang b'kenan.

Oleh itu, shikin terfikir lebih baik reka sendiri bunga tue baru nampak special kn kn (^^,). Selepas waktu kerja, shikin pun pergi beli la bahan2 yang shikin rasa berguna untuk buat bunga tersebut. Sesudah sampai rumah, mandi, solat dan teruskan dengan misi. Satu persatu bahan2 tue shikin belek2. Maka dengan spontan tangan ini mencantum, melipat, mnengunting, memotong (sampai teluka jugak la jari jemari nie...excited sangat nk buat..hehehe) dan akhirnya siaplah sejambak bunga rose coklat ("wahh cantik nyer...tak sangka aku boleh buat nihh, kreatif jugak la aku nie" klau kita tak puji diri sendiri sapa lg kn.. :p hehehe). Ambik masa seminggu jugak la nak siapkan gubahan yang simple macam nie..huhuhu



Hasilnya..ahakkk (^^,)

Sebenarnya, bukanlah nak cerita yang bunga shikin buat sendiri nie cantik tetapi KEIKLASAN.
Keiklasan dalam memberi sesuatu kepada seseorang.
tak kira sama ada orang tersebut istimewa atau pun tidak tetapi setiap pemberian kita hendaklah iklas dan tidak minta balasan. Jika kita iklas dengan semua yang kita lakukan, Insyallah kebaikan akan menyebelahi kita. Tetapi kalau kita tak iklas, nak buat pun macam terpaksa jer sure benda tue tak akan nmpak menarik kn.

Bagi shikin,  memang suka pada pemilik bunga coklat nie dari zaman sekolah lagi tetapi shikin tidak mengharapkan apa-apa dari dia kerana shikin sedar perasaan tidak boleh dipaksa-paksa dan dibuat-buat (walaupun dia tak pernah tahu shikin suka dia) .
Cukuplah dia gembira, bahagia dan sentiasa ceria dengan shikin. Apabila dia bahagia,shikin pun akan turut bahagia jugak. Shikin akan buat apa saja (asalkan tidak salah dari segi Agama Islam) untuk melihat dia gembira (wallahhh..hehehe).

OHhh lupa bagi tahu, pemilik bunga nie lelaki sebenarnyer...hehehe 
mesti ada yang kata "euuww, seorang gurl bagi bunga dekat lelaki?? tak malu ker"
why not???tak ada pun dalam agama kata tak boleh kn??
lagi pun shikin pos hadiah nie kat dia, so tak ada la malu sangat..klau bagi depan2 sudah tentu la malu...shikin kan gurl sudah semestinya rasa malu tue tetap ada dalam diri kn kn.
  
Yang penting, bunga yang simple ini adalah "limited addition" dan tak akan ada dijual dimana2 kedai yer...
hanya untuk dia saja...woww
Dan dan dan...hadiah nie dah sampai pon dirumah dia sehari sebelum hari lahir dia (sepatutnya sampai pada hari lahir dia, tapi abg posmen tue hantar awai sikit plak). Yang paling tersentuh, dia suka sangat2 sampai tak terkata apa2 dan terharu (tak pasti dia nagis ker tak..ahakk hehehe) sampai tak boleh tido la malam tue...
So, misi shikin berjaya la... seriously shikin sangat2 la gembira dan kepuasan buat semua nie memang tak dapat nak gambarkan (1st time buat surprise dekat lelaki kot memang susah nak bayangkan la)...walaupun tak seberapa tetapi niat shikin memang nak tengok dia gembira dan ada kenangan yang dia tak dapat lupakan. Biarlah lain dari yang lain asalkan perkara tue dia akan ingat sampai bila2.

Jika uolls suka kan seseorang, tak semestinya memaksa dia untuk terima diri uolls, dan tak perlu soal kenapa tak suka kita??apa kurangnyer kita??tak cantik ka kita?? kerana uolls tak akan dapat jawapan semua soalan tue malah akan membuat uolls rasa lagi rendah diri jer...

Thursday, 1 November 2012

PENDAPATAN TAMBAHAN (SIDE INCOME)

Assalamualaikum....(^___^)

Bila dengar pasal pendapatan tambahan nie mesti ramai yang nak tahu bagaimana kan??
saya bukan nk cerita pasal bagaimana untuk mendapatkan pendapatan tambahan tetapi saya nak cerita yang ramai orang tertipu kerana nak dapat pendapatan tambahan secara cepat.

Bohong la kalau kata saya tak mau dapatkan pendapatan tambahan ni. Saya pun nak jugak buat duit. Dengan keadaan ekomoni yang meningkat ini, kerja makan gaji sahaja tidak cukup tambahan pulak kerja yang tak berapa popular (kerani, penolong jurutera dn sebagainyer). Tak sampai tengah bulan sahaja mesti gaji dah habis wahal bukan nyer beli apa pon..betul tak??

Mana perginyer gaji kita itu?? meh kita sama2 kira yer. Kalau gaji RM 1200 (standard gaji min), dan kita perlu bayar pelbagai2 huntang
i) PTPTN               : RM 150
                             ii) Motosikal/kereta: RM 400 (termasuk minyak)
iii)untuk mak ayah   : RM 200
iv) bil api &air         : RM 50
v)Sewa bilik            : RM 100
Total                       : RM 900
baki yang tinggal : RM 300

RM 300??? cukup ka untuk makan sampai hujung bulan??
senarai tue tak bermasuk barang rumah, aset 2 lain lagi. Untuk simpanan telah la lagi. ada orang kata kena jimat cermat sikit la tapi boleh bayangkan ker macam mana nk jimat kalau baki tinggal banyak tue jer. Hari2 sementara nk tunggu hujung bulan tu nk makan apa??keperluan yang lain macam mana plak??bajet yang saya kira tue adalah paling minima yg saya dapat Tapi saya rasa sesetenggah orang tue mesti lebih lagi kn. Mesti ada yang kata bajet tue boleh kurangkan lagi. meh kita tengok kat mana boleh kurangkan


i) PTPTN   : RM 150 (tak boleh kurangkan dah sebab memang fix tapi nk bayar lebih lg boleh la)
   ii) Motosikal/kereta : RM 400 (termasuk minyak) (nie pon xboleh gak sebab tanpa transport menyukarkan kerja kita seharian, nak naik bas atau teksi lagi la kos lebih dari nie tak percaya cuba la)
iii)untuk mak ayah   : RM 200 (banyak nie pon tak cukup untuk diorang nak tampung adik2 lagi.klau kluarga dia senang sikit pon tak kan xmau bagi dekat mak ayah kot, tak rasa bersalah ka dengan pengorbanan diorang dekat kita?)
iv) bil api &air         : RM 50 (yang nie mungkin boleh kurangkan sikit tapi klau duk rumah sewa ramai2 tue ada ka semua penghuni tu nak berjimat??bayar tetap sama jugak kn??
v)Sewa bilik            : RM 100 (nie kira murah la sewa banyak nie tue pon bilik kena kongsi dengan orang lain jugak)
Total     : RM 900 (tetap tiada perubahan kan)

Oleh kerana keadaan kita terdesak seperti itu, mula la kita mencari perluan2 lain untuk mendapatkan pendapatan sampingan. Pelbagai pekerjaan yang kita lakukan tapi hasilnyer tetap tidak mencukupi jugak malah letih yang dapat. betul tak???

Jalan yang mudah untuk dapat duit dengan masuk pelaburan internet. Bermacam-macam pelaburan yang ada di internet ini. Kita pon apa lagi cuba la salah satu, tue pon sebab ada orang yang duk cucuk2 kita suruh masuk.Bila dah masuk, bulan pertama memang dapat hasil la.

Wahhhhh best nie dapat duit banyak, nie kena tambah pelaburan lg nie. Kita pon tambah lagi pelaburan guna duit poket sendiri, buat pinjaman lagi. Bila dapat duit kita tambah lagi, tambah, tambah, tambah tiba-tiba masuk bulan2 berikutnyer web pelaburan tue tak boleh buka dah. duit kita ada dalam tue
Mula la kita rasa gelabah, susah hati, tak tau nak buat apa, pinjaman pon kena bayar lagi macam2 dalam fikiran nie.

Maka bertambah2 la masalah kita kan.Oleh itu, ingin diingatkan jika nak cari pendapatan tambahan tu kita kenalah selidik betul2 apa pelaburan yang kita nak masuk tue,selamat atau tidak, macam mana pemasarannyer, sumber dia dari mana, rujuk pelaburan tue sama ada dah daftar dgn bank negara ka belum dan in case klau jadi apa2 pada sapa kita boleh rujuk dan tindakan bagaimana kita boleh ambil. Dengan cara itu kita tidaklah mudah tertipu atau ditipu.

Senang cerita, klau kita nk buat pendapatan tambahan, apa kata kita cuba sesuatu yang dapat dilihat contoh seperti berniaga ka, berniaga secara online pon boleh dpt untung jugak dan murah, tak perlu nak sewa tapak  bagai kan. Banyak rasanyer dealers yang perlukan kita untuk promosikan produk diorang tetapi (still da tetapi jugak) pastikan produk diorang itu selamat digunakan sama ada makan, sapu atau pakai.

adiosse, (^^,)

Wednesday, 17 October 2012

Keyakinan (confidence)

Keyakinan (confidence)

Assalamualaikum...(^_^)

Untuk topik kali ini, saya nak sentuh berkaitan keyakinana, saya percaya ramai antara kita yang kurang berkeyakinan, betul tak??? tambah-tambah lagi bila ada orang yang sentiasa nak buat kita rasa rendah diri (down).


Oleh kerana orang yang seperti itu, kita slalu rasa yang diri kita nie tidak sempurna, kurang pengetahuan, tak boleh diharap, tak cantik, tak tahu buat apa-apa yang boleh membanggakan orang lain, rendah diri , diri kita tak penting, stress dan banyak lagi. Bila berdepan dengan orang lain, kita mula la tunduk kepala, fikir tanggapan buruk orang pada kita, tak mahu berinteraksi dengan orang dan menyendiri..chill guy!!! come on, we should not thing all negative about ourself. Only we know about ourself, not another person (terus speaking uu..hehe (^^,) )

Dulu saya akui, saya pun ada perasaan yang sama (seperti diatas), satu malam saya terfikir kenapa perlu biarkan orang lain fikirkan dan nilai diri kita???siapa diorang nie suka-suka hati nak (create) diri kita???diorang bukan ada dalam diri kita 48 jam, hanya kita jer tahu kemampuan dan kebolehan kita. Mulai malam tue saya tekad akan berubah menjadi lebih positif dan tidak akan sesekali berfikiran negatif lagi.yeahhh chayokk chayokk (semangat berginilah yang kita perlukan)

Keesokannya, sampai di pejabat, saya serah surat letak jawatan (masalah saya bos saya yang suka bagi saya down dan mengambil kesempatan atas kurang keyakinan saya). Saya yakin yang masih ada lagi syarikat yang perlukan perhidmatan dan menerima kebolehan saya. Dalam hati memang takut tak dapat keje lain, tapi saya percaya Allah SWT akan membantu hambanNya yang teraniaya. Alhamdullilah tidak sampai sebulan saya dapat kerja baru. Saya mulakan diri yang baru, yang lebih berkeyakinan, berterampilan, berkebolehan dan positif. Setakat sekarang saya suka dengan tempat kerja dan kerja baru nie. Sebarang masalah kerja saya dapat selesaikan dengan keadaan yang minima stress dan lebih cool. (cayahhh arr (>.<))

Meh kita kongsi cara saya mengatasi masalah kurang keyakinan nie mana nak tahu berkesan juga pada u olls :-

1)Positif- sebelum ni u olls slalu berfikiran negatif terutama pada orang yang tak kenal. Tukarkan fikiran tersebut kepada positif contoh 

negatif-"eh nape dia pandang aku macam tue??dia tu mesti tak suka aku kan, sebab aku tak cantik seperti orang lain"

positif-"eh nape dia pandang aku macam tue??biarkan la dia nak fikir apa pon pasal aku, tak luak pon poket aku nie. senyum jer kat dia confirm dia tak pandang aku dah..hehehe (make u self happy with it)

bukan saja berkaitan orang, semua perkara yang belum berlaku  kita perlu berfikir positif.

2)Berketerampilan- penampilan pon kena jaga jugak, dulu kita pakaian kita ikut suka kita jer kan. Baju warna merah, seluar hijau, tudung koko (sangat-sangat tak sesuai) pastu jarang-jarang sekali nak gosok pulak. JANGAN!!!!! ok. Sesuaikan pakaian kita dengan keadaan dan persekitaran. Cara kita jalan pon kena jaga jugak, jangan jalan kalut-kalut, jalan dengan relax dan pandang kedepan, mata kita mesti fokus ke arah hadapan dan telinga kita mesti kena peka dengan bunyi sekeliling. 

sedikit tip: 

Pejabat-berpakaian formal dan sopan (blaus,baju kurung moden, pahang, kebaya dan yang nampak fesyen sikit), bersih, di gosok dan kemas.(contoh: baju kurung warna putih berbunga ungu, padankan dengan tudung kosong warna seperti bunga baju, kasut bertumit (warges pon cantik)Tudung ikut warna bunga akan menaikan seri wajah nanti.



Santai-pakaian seperti jeans, skirt, t-shirt, blaus pon boleh.(contoh:seluar warna gelap, baju mesti warna cerah sedikit, jika baju kosong dan ada sedikit corak dekat tengah baju itu padankan dengan tudung yang ada corak-corak, warna tudung tue mesti kena dengan corak warna dekat baju. Yang penting kena nampak kemas.
jangan lupa, makeup jangan terlalu tebal dan jaga bau badan. Pakai la perfume sikit yer :)


3)Yakin- yang nie paling penting, setiap kerja atau keputusan yang kita lakukan hendaklah yakin iaitu, bila kita membuat satu pekerjaan, kita mesti tertanya-tanya "betul ka macam???ish takkan kot??" . betul tak kita tertanya2 bergini??
caranya untuk kita yakin dengan kerja yang kita lakukan tersebut, 
 i) setiap pertanyaan kita tue, kita kena beri jawapan sendiri contoh "betul ka macam nie??" 
apa yang perlu kita buat, semak semula kerja tersebut dan fahami nyer agar bila ada orang mempertikaikan kerja kita tue kita ada jawapan nyer. Selain itu, tanya pada orang yang lebih berpengalaman dan jadikan dia sebagai rujukan. Jangan hanya diamkan diri bila orang bertanya tetapi jawab dengan yakin, tunjuk mimik muka yang kita yakin dengan kerja kita.
ii) Bila ada orang tanya kita sesuatu jangan beri jawapan "TIDAK TAHU" (utara kata TAKTAU) tetapi beri jawapan "BAGI MASA UNTUK SAYA SEMAK atau PASTIKAN".Andai kata dia nak kita beri jawapan tue serta merta, jawab dengan yakin dan pasti tanpa ragu-ragu walaupon sebenarnyer kita tak yakin dengan jawapan tue. lepas tue baru kita semak, jika jawapan yang kita beri tue salah, beranikan diri beritahu orang tersebut dan betulkan semula, dia tidak akan marah nyer. jangan diamkan diri dan biarkan sebab masa akan datang isu tersebut pasti akan dibangkitkan dan masa tue kalau kita minta maaf pon orang xkan maafkan dah.

4) Kebolehan- Tunjukan pada semua orang yang kita juga berkebolehan tidak kira lah kebolehan kita kecil atau besar, yang penting kita juga ada kebolehan dan berbangga la dengan kebolehan yang kita ada tue (jangan sampai riak pulak yer, berdosa tue :)). Jangan biarkan orang lain menilai kebolehan kita saja, lakukan terbaik, usaha dan perbaiki kebolehan tue. "belakang parang jika diasah lama-lama tajam jugak" sama seperti kita jugak.

5) Motivasi- Andaikata sedaya upaya kita buat sesuatu tapi masih tidak dapat menaikan keyakinan kita, cuba motivasi diri, duduk di suatu tempat yang sunyi (dalam bilik ka, taman ka,bilik air pon boleh) berfikir sejenak, nilai diri kita, cuba yakinkan diri sendiri yang kita boleh lakukan.Jika perlu nagis, nagis la puas-puas pasti lepas nagis tue kita akan rasa lebih tenang dan semangat baru akan muncul (nagis bukan bererti lemah yer, tapi untuk jadi lebih kuat). Apabila kita rasa nak (down) jer cepat-cepat motivasi diri. Jangan dengar kritikan orang yang negatif tue tetapi jika ada kritikan positif jadikan ia satu semangat.

Sekian sajalah coretan saya tue yer, ingatlah jangan biarkan orang lain menguasai diri kita, membuat keputusan untuk kita, dan mengadili diri kita. Kita lah yang berhak untuk menentukan semua itu, kerana hanya kita yang lebih kenal diri kita sendiri. Yakinlah dengan apa yang kita lakukan selagi perkara tue tidak terpesong dengan agama kita. 

adiosse (^___^) 



Wednesday, 3 October 2012

SUKA TAK SEMESTINYA MEMILIKI

SUKA TAK SEMESTINYA MEMILIKI

Assalamualaikum...

Coretan kali berkaitan apa yang selalu membuatkan hati kita tidak senang, gunah gulana dan tidak tenteram. Semestinyalah berkaitan perasaan iaitu perasaan suka, kasih dan cinta pada seseorang. Kita tak boleh lari dari perasaan ini kerana Allah SWT mencipta kita dengan penuh keunikan, ketelitian dan kesempurnaan. Sebagai hambanya, kita perlu bersyukur dengan nikmat yang DIA berikan ini dan tempuhinya dengan penuh keredhaan. Cuba kita hayati betul-betul perasaan yang dianugerahkan kepada kita ini, sebenarnya bukanlah untuk membebankan kita tetapi untuk membuatkan kita lebih kuat, tabah dan berani menjalani kehidupan seharian kita di mukabumi yang sangat-sangat indah ini. Cuba bayangkan jika kita hidup tanpa ada perasaan???tak penah menangis, ketawa, marah, senyum, sakit, cemburu dan sebagainya. Adakah akan wujud kenangan???mesti kita akan rasa bosan dengan kehidupan sebab tiada benda yang nak kita ingatkan, kenangkan dan nak jadikan panduan hidup.

Panjang pulak pembuka kata tue...(^___^)

Kembali kepada tajuk asal, perasaan sebenarnya sesuatu yang kita tidak boleh lihat dengan zahirnya, ia wujud sendiri tanpa kita duga dan minta. Kadang-kadang, bila kita melihat seseorang itu tiba-tiba terdetik dekat hatim kita sesuatu yang susah nak jelaskan dengan kata-kata tetapi apa yang kita boleh bagi tahu adalah SUKA contohnya:-

A: B, kau kenal tak dia tue??
B: yang mana??
A: yang pakai kemeja putih jalur-jalur biru tue
B: owh dia tue C, budak kelas Elektrik. Kenapa kau tanya??kau pernah jumpa dia ker
A: tak pernah, tapi bila aku tgok dia aku rasa suka sangat dan rasa nak tengok dia hari-hari.
B: kenapa kau suka sangat kat dia tue, aku tengok biasa jer tak ensem pon, xda apa-apa yang menarik pon, dia tue poyo la.
A: tapi aku rasa aku suka dia, susah nak terangkan kenapa aku rasa seperti tue.
B: ko nie buka mata luas-luas la..macam tue pon ko boleh suka.

Pernah laluikan situasi seperti tue??situasi yang mana kita susah nak terangkan kepada seseorang dengan apa yang kita rasa. Walaupun kita cuba nak terangkan tetap tak akan sampai apa yang benar2 kita terangkan itu. Balik-balik kita jugak yang kena betul tak??.Lain orang lain sudut pandangannyer, dimata kita indah tapi dimata orang lain mungkin tidak.

Apabila kita suka seseorang tak semestinya kita harus memilikinyer tapi tidak salah juga kalau kita berusaha untuk memilikinya.Mana nak tahu kalau dia memang ditakdirkan untuk kita kan. Andai dia bukan untuk kita jangan pula kecewa dan menangis kerananya, ia akan lebih menyakitkan dan melukai hati kita kelak. Lebih baik kita doakan kebahagiaan dia dan turut rasa bahagia apabila melihat dia bahagia. Dengan cara itu, hati kita akan lebih tenang dan turut rasa bahagia juga.Selain itu, cuba untuk terima orang lain yang cuba mengetuk pintu hati kita ini, dan mungkin dialah yang sebenarnya untuk kita. Tak perlu sakiti diri sendiri hanya kerana rasa hati kita tidak dibalas.Sesungguhnyer mungkin orang lain itu lebih baik untuk kita.

Bak kata seseorang pada saya, jika kita benar-benar suka dan sayangkan seseorang itu, pastikan dia bahagia dengan orang yang dia sayang kerana jika kita memaksa dia terima kita, belum tentu dia rasa kebahagiaan dan kita jugak tak akan rasa bahagian bila melihat dia tidak bahagian kan. Lebih baik kita jadi sahabat yang terbaik untuk dia, sahabat yang boleh berkongsi suka, duka, susah dan senang bersama dia. Sahabat yang sentiasa berada disisi dia walaupun apa yang terjadi. Dengan cara itu, dia akan lebih menghargai kita bergitu jugak kita. Status 'SAHABAT' nie adalah yang terbaik kerana tiada perkataan perpisahan antara sahabat dengan sahabat bahkan sebenarnya lebih akrab lagi dari kekasih atau sebagainya.

Budak-budak zaman sekarang ini mudah rasa kecewa kerana ditolak oleh seseorang yang diorang suka. Mula la nak ambik tindakan yang melampaui batas. Akhirnya diri sendiri menyesal. Jangan dilayan sangat perasaan kecewa itu kerana tidak memberi keuntungan apa-apa pon. Sebenarnya setiap kali kita rasa kecewa Allah SWT nak kita mengadu padaNYA dan ingat yang DIA tidak pernah kecewakan kita. Apa-apa pun kembalilah kepada Allah SWT semula.

 Ingatlah, sepertimana kita suka seseorang tue mesti ada orang lain yang menyukai kita seperti itu juga.Jadi terimalah orang tue seadanya yer. Jangan lupa setiap perkara yang kita lakukan berdoa memohon keredhaan Allah SWT.

Sekian jer lah entry kali nie.Igat nk tulis sikit jer tapi jadi panjang plak (^__^). Harap apa yang saya nak sampaikan tue semua pembaca faham yer.

~MISS BUTTERFLY~

dengarlah lagu2 nie lirik agak best >_<




Sunday, 23 September 2012

PERJALANAN HIDUP INI INDAH...


PERJALANAN HIDUP

Bismillah…

Bila duk sorang2 nie terasa nak coret sesuatu untuk tatapan kawan2…
Sila la baca klau da masa yer…(^^,)

Ini tentang perjalan hidup kita, saya permudahkanya menjadi 14 fasa..senang sikit nak baca kan..hihi

Fasa pertama:

1)Hari pertama dilahirkan : Ayah berkata “ wahh comel nyer anak kita nie, mirip abang la…sayang bila besar nanti jadi anak yang berguna yer…ayah akan lakukan apa saja untuk masa depan sayang…”(lebih kurang cam tue la bunyi nyer)

2) Dari hari dilahirkan hingga 2 tahun- Rutin harian kita nagis bila lapar dan buang air, diam bila kembali tido..haha (tak payah fikir pape pun kan??? senang nyer..hihi)
                                                                                                                           
3) 3 tahun hingga 4 tahun-Baru nak kenal benda sekeliling kita dan nak belajar bercakap.Masa ni baru boleh sebut mak, yah, unga (bunga), ampu (lampu) dll..pastu mula bercakap, mak nk ucu (nak susu), mak nk nek eyek (nak nek basikal) dll..hihi
(Susahkan nak belajar bercakap ni, kadang2 apa yang di sebut tu langsung orang tak faham…mula la kita nak naik angin...hehe)

4) 5 tahun hingga 6 tahun- Kita masuk tadika (nagis gak la coz mak tinggalkan kita kat situ..dalam otak kita masa tu duk fikir yang mak tak sayang kita dah..huhu).
Masa tu cikgu akan mengajar benda2 lain yang lebih extrem ckit…seperti baca ABC,123,doa makan, adab-adab, baik buruk satu-satu perkara dll (masa tue susah nak ingat semua nie).Tapi dalam banyak2 perkara yang buat  kita paling suka pergi tadika adalah sebab ada banyak mainan, boleh melukis dan mewarna, dengar cikgu bercerita dan main dengan kawan2…seronokan…;)

5) 7 tahun hingga 9 tahun- Tiba la masa kita masuk darjah 1..masa nie dah tak nagis dah sebab dulu masa masuk tadika pun mak tinggal kita seperti ni gak..hihihi
Masa nie cikgu akan mengajar kita macam mana nak baca, mengira dll…(main tak payah cerita la…lagi seronok dari tadika dulu)
Kita dapat belajar banyak perkara, sronok nie dapat belajar macam2, balik sekolah mesti cerita dekat mak dan ayah apa yang kita belajar kat sekolah…(cewee’  la katakana)hihi

6) 10 tahun hingga 12 tahun- Cikgu mula tanya kita pasal cita-cita bila besar nanti…masa nie baru kita mula fikir, nanti bila besar nk kerja apa??
Cikgu ka??doktor kot??polis blh sesuai??peguam pun boleh gak??tentera boleh pegang senapang??suri rumah jaga anak2??hihihi…memang yang nie jer yang bermain kat kepala otak kita masa tue…
Masa nie juga kita mula bergiat aktif dalam kokurikulum..persatuan (pengakap, bulan sabit merah, puteri islam), kelab (bahasa melayu, inggeris, agama, kemahiran hidup) dan sukan (bola jarring, bola sepak, bola baling, bola tamper, olah raga)…
Kita mula bersaing dengan kawan2 nak tengok sapa paling aktif dan popular la..hihi
(bodek cikgu memang rmai la masa nie..terutama bagi pelajar yang comel 2 dan bijak2 tue memang dapat perhatian cikgu la…lumrahkan tp da kita kisah ker??? Sikit pon tak..main lg best)..masa nie gak dah mula da adik angkat,kak angkat, abg angkat (lma2 terangkat)haha
Bila UPSR hampir tiba, masa nie  kita mula belajar betul2…masa bermain pun dikurangkan… mak dan ayah harapkan kita masuk sekolah asrama penuh…
Sedaya upaya la kita usahakan…pecutan terakhir nie..hihihi


7) 13 tahun hingga 15 tahun- Kita masuk sekolah menengah…
Sekolah menengah berbeza dengan sekolah rendah dulu...kita akan belajar lagi banyak benda dan lagi mencabar dari sekolah rendah dulu...masa ini juga la kita mula kenal erti hati dan perasaan Cintan cintun..saya suka kamu dan kamu suka saya..hihi
Main balas-balas surat (klau baca balik surat2 tue mau tergelak terguling2 nie)..hihi
Memang rajin la pergi sekolah..nak tengok kekasih hati...kalau tak dapat berjumpa pun, nampak bayang pun jadi la...tue dah kira lega rasa hati..kalau yang ada abg angkat tue confirm terangkat pyer masa nie..hihihi
Disamping itu juga, cikgu sering ingatkan kita akan peperiksaan PMR... Ini, untuk tentukan sama ada bila kita tingkatan 4 nanti dapat masuk kelas aliran sains atau sebaliknyer atau pun masuk sekolah asrama penuh (MRSM ) atau sekolah teknik...

8) 16 tahun hingga 17 tahun- Kita mula serius fikirkan masa depan...
Cita-cita masa nie nak masuk U..kata cikgu, kalau masuk U masa depan akan lebih cerah dan banyak perluang pekerjaan yang akan tunggu kita. Setiap hari kita belajar, tak cukup kat sekolah tambah tuisyen lagi...tapi kekasih ati tak lupa gak...belajar pun masih nak sama2...pandang-pandang, jeling-jeling masih lagi berterusan...hihihi
Masa ni juga kita mula fikir akan harapan mak dan ayah, susah senang nak sekolahkan kita dan kalau boleh kita nak mereka rasa bangga dengan kita...

9) 18 tahun- Selepas SPM sementara nak tahu keputusan,semua kawan2 akan bawa haluan masing2..ada yang tolong mak (kat kebun, sawah atau niaga),ada juga yang kerja sambilan(tesco, pacific, city plaza, dll),duk umah jer pun ramai gak...hihi
Bila tiba masa keputusan keluar, jantung nie memang dup dap dup dap la..takut sangat..nak tido malam pun susah, kalau tido tue sampai mimpi2 la (over kan..hihi)..bila dah tau keputusan tue rasa lega yang amat sangat..ada rasa macam nak lompat tinggi2 jer...ada kawan2 yang nagis sebab apa yang diusahakan berbuah hasil, ada juga yang nagis coz menyesal tak belajar betol..(masa nie memang dah tak guna nak menyesal..redha jer la..usaha lagi yer..)

10) 19 tahun Hingga 24 tahun-Masing2 dah  dapat sambung belajar kembali..ada yang masuk U,Matrik, T6, Politeknik, mengulang SPM pn ada la juga...
Masa nie la masa yang paling seronok sebab kita dah boleh cuba cara hidup berdikari (jauh dari keluarga)..memang terasa la sangat bila berjauhan dengan keluarga nie...bila nak nagis mesti kita fikir balik ”aku dah cukup besar dan matang untuk jadi seorang yang tabah, so xmo nagis2”..hihihi
Masa nie juga, cikgu @ pensyarah dah jarang bagi kita nota bertulis...dia hanya mengajar pot pet pot pet..jadi pandai2 la kita nak catat isi penting yang dia bagi tue..kalau dak pon salin dari buku rujukan..memang kena usaha habis la..
Matlamat kita masa nie nak habiskan belajar dan nak cari kerja yang bagus2..boleh tolong mak dan ayah...bersaing dengan kawan mesti kena ada...nak dapatkan mata tertinggi (3.5 ke atas) setiap sem..boleh dapat anugerah KJ atau Dekan..bukan apa kalau dapat salah satu nie nanti ijazah, diploma atau sijil kita laku sikit...banyak majikan yang akan tawarkan kita kerja..hehehe
Kalau tak dapat anugerah tue pun takpa..janji kita dah berjaya tamat pegajian..
Zaman percintaan masa nie memang indah la...masa nie kita akan mula fikir soal alam perkahwinan, hidup bersama dan sebagainyer la...hehehe. Bukan lagi zaman”cinta monyet” atau cinta hanya suka2 jer..hihihi

11) 24 tahun hingga 25 tahun- YESSS!!! Akhirnyer tamat dah pengajian...segala pengorbanan dah ’berbuah hasi’l...harapan mak dengan ayah pun dah kita tunaikan..bila tiba hari konvo, kita akan berasa terharu dan tak percaya yang kita dah berjaya..mak dan ayah tak yah cakap la...gembira sangat2 sampai menitis air mata la...yer la apa yang ayah janjikan masa kita baru di lahirkan dulu telah pun dia tunaikan...terharukan :’((
Tiba masa kita untuk bekerja, dengan semangat dan penuh azam nyer, kita cari kerja yang sesuai dengan kita..walaupun dah ada kerja tapi kita masih lagi cari perluang kerja yang lain, yang boleh menjamin masa depan..usaha dan terus berusaha..rezeki Allah SWT ada dimana?? Jadi jangan putus asa...
Selain itu juga, tersimpan la niat kita nie nak kumpul duit untuk mendirikan rumahtangga...hehe yer la kena fikirkan untuk ada rumahtangga sendiri plak..tak kan la nak membujang jer..kekasih hati tue tak kan nak biar tunggu kita sampai ke tua jer...nanti di kebas orang baru menyesal kot..hehe
Bila duit dah cukup..maka berlangsunglah majlis perkahwinan yang gilang gemilang (yang diimpi2 kan) meriah gitu..hehe..silaturahim antara dua keluarga pun terjalin dengan akrabnya lagi bahagia...(wah!! Indahkan..boleh bayangkan tak??)hehehe

12) 26 hingga 50 tahun- Maka mula berkembang la keluarga kita...dapat bayi pertama memang satu perkara yang cukup indah...tak dapat bayangkan la (sama perasaan seperti mak dan ayah kita terima kelahiran kita dulu)..mak dan ayah kita pun gembira juga sebab dia orang dah naik pangkat..jadi atok dan nenek..hehe..sekarang kita dah di gelar mak dan ayah. Jadi, besar la tanggungjawab yang kita kena pikul..tak kurangnyer juga dugaan dan cubaan kita kena tempuh dalam melayari bahtera rumahtangga nie...salah faham, bergaduh, bertengkar, merajuk dan sebagainya tue semua asam garam kehidupan la...selagi ada iman dan kesabaran Insyaallah semua tue kita dapat tempuh dengan sempurna dan lancar..aminn
Lagi satu, jangan lupa tiap2 tahun sambut ulang tahun perkahwinan yea, baru la bahagia..hihi
Pejam celik, pejam celik, dari seorang anak dah jadi 2..pastu 3..pastu lagi 4...dan seterusnya la...hihihi (wah!!makin meriah ler keluarga kita..:D)
Rutin harian kita pun dah berubah...dulu asyik fikirkan diri sendiri, sekarang kena fikirkan keperluan keluarga...terutama anak2...pastikan anak2 dapat seperti mana mak dan ayah kita bagi dulu...yang paling penting kasih sayang pada mereka jangan ada kurang sikit pun..(jangan terlebih sayang plak nanti langsung tak mahu dengan nasihat kita, sayang anak pada2 yer)

14)50 tahun ke atas- Sudah tiba masanyer kita lihat kejayaan anak2 pulak...tengok dia orang kahwin..kemudian sampai giliran kita naik pagkat la..jadi atok dan nenek..hehehe
Masa nie kita akan slalu kenangkan zaman muda mudi dulu...abis kat semua cucu2 kita bercerita pasal sejarah hidup kita nie...kalau boleh tak mau satu pun cerita kita tertinggal..hihi
Kita juga akan sentiasa kenangkan saat bilakah Allah SWT nak menjemput kita bertemunya..

Kitaran hidup kita akan seterusnya berputar..selepas apa mak dan ayah lalui, kita pulak akan merasainya...kemudian turun kepada anak2 kita...kemudian lagi cucu2 kita pula..dan generasi seterusnya...walaupun zaman sentiasa berubah dan cara hidup juga berbeza tapi putaran kehidupan ini tidak pernah berubah...Jadi, janganlah kita sia2kan hidup nie...Allah SWT hanya beri kita perluang sekali sahaja untuk hidup dan hargailah...masa yang berlalu tidak mungkin akan berulang kembali..Gunalah sebaik-baiknya yer..
Kalau keliru, tak pasti atau apa-apa jer, tahukan pada sapa kita nak minta tolong betulkan dan tunjukan??? ALLAH SWT..
Jadi, renung2kan dan selamat beramal yer...hehehe

Sekian saja coretan nie...

Wasalam...
Peace no war...(^___^)

Monday, 6 August 2012

kenapa pembangunan itu penting???


PEMBANGUNAN???

Tahu ker apa makna pembangunan???
Kenapa penting nyer pembangunan???
Apa faedah nyer pembangunan???

Ada orang kata pembangunan tak penting…bina bangunan sana sini tetapi graduan tetap menganggur…salah pembangunan ka???

Ok meh kita lihat kenapa pembangunan itu penting…
Sebenarnya pembangunan nie sangat penting...
Salah satu nyer sumber pekerjaan la...
Tahu kenapa???
Sebab nak bina sesebuah bangunan tue bukanlah semudah bermain lego...dan hanya perlukan 2 3 orang jer untuk siapkannya..dan bila bangunan tue dah siap bukan nak dibiarkan kosong tanpa penghuni kan..mesti la nak diisi dengan orang kan...dan orang tue pulak bukan saja-saja nak duduk lepak kat bangunan tue...mesti ada sebab nyer...salah satu nyer keje la....
Mari kita tengok berapa ramai orang yang terlibat sebelum dan selepas pembinaan bangunan...

1)sebelum nak bina bangunan kena ada bajet...lepas tue baru buat perancangan...sapa yang buat semua tue???mestilah mana2 pihak  yang nak tambah @ wujudkan bangunan tersebut...kenapa???sebab tak cukup ruang untuk menempatkan pekerja2 @ pelajar2  @ lain2...

2) selepas tue..pihak tersebut akan melantik konsultan untuk memajukan cadangan dan struktur bangunan tersebut....sapa yang terlibat??? Arkitek (rekabentuk bangunan),kejuruteraan awam & struktur (merekabentuk struktur bangunan), kejurutaraan elektrik & mekanikal (wayering & mesin), Juruukur bahan ( membuat anggaran kos bagi bangunan tersebut)..berapa ramai dah yang terlibat???

3) kemudian, barulah tender dibuka pada umum..biasanya di iklankan di suratkabar la...masa nie para kontraktor akan kemukakan anggaran harga masing2..maka, hanga yang paling hampir dengan anggaran yang konsultan anggarkan akan terpilih la..agak2 barapa ramai kontraktor yang isi tender tersebut???pening juga nk nak pilih nanti...

4) kontraktor yang berjaya mendapat projek tersebut akan mula menjalankan projek tersebut...so, mereka akan melantik pengurus tapak,jurutera, penolong jurutera, penyelia tapak, kerani tapak, pekerja-pekerja mahir (tukang kayu, tukang besi, tukang paip dan banyak lagi tukang la dan pekerja am (kerja-kerja sampingan)...bukan kontraktor untuk membina bangunan tersebut saja...ada kontraktor elektrik, mekanikal, pencegah kebakaran, penyaman udara, ICT dan lain2 la...memang ramai la yang terlibat..lagi besar projek lagi ramai pekerja2 tersebut diperlukan...



5) setiap konsultan  sebagai pegawai penguasa  juga  perlu melantik wakil tapak untuk memantau dan memastikan kerja2 pembinaan tersebut dijalankan mengikut aspek dan spasifikasi yang telah di tetapkan.

6) apabila bangunan tersebut dah siap takkan nak biarkan macam tue jer kan...jadi akan diisi la dengan pekerja2 dan sebagainya..untuk apa???mestilah untuk keselesaan..tak perlu berhimpit2,berkongsi, dan sebagainya...lagi besar dan tinggi sesebuah bangunan tersebut mestilah memerlukan ramai pekerja...terutama kerja-kerja yang melibatkan pengurusan, akauntan, HR,  dan sebagainya...mengikut fungsi bangunan tersebut...kalau nak senaraikan nie memang banyak...fikir2kan la yer...

Bayangkan, itu baru sebuah bangunan...klau 10,20 bangunan  dalam setahun dibina???...berapa ramai pekerja yang diperlukan???...

Dan..bayangkan juga, kalau dalam setahun tue langsung xdak pembangunan???mana pekerja2 diatas tue nak pergi ae???tambah pula setiap tahun mesti ada graduan dari IPTA dan IPTS...mana diaorang nie nak pergi???

Oleh itu, semuanya bermula dengan pembangunan...tak kisah la pembangunan tue dari segi apa pun, semua merupakan sumber pendapatan negara dan yang penting pendapatan kita la...jika tak ada pembangunan macam mana???

Kalau nak diterangkan memang banyak...boleh buat buku plak nanti...hehe..jadi, sebagai seorang yang cerdik pandai marilah sama2 kita fikir kenapa pembangunan itu penting...wasalam..peace no war..(^^,)

cinta dan perkahwinan...(^____^)


Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya..

pelajar: guru, apakah erti cinta..? bagaimanakah saya boleh mendapatkannya. ..?

guru: ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana ,berjalanlah kamudan jangan sesekali kamu berundur. kemudian ambillah satu ranting. sek ira nyakamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telahmenemui cinta.

pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.

guru bertanya: mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun...?

pelajar menjawab: saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.

gurunya menjawab: ye, itu lah cinta...

dihari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan. ..?

guru: ada hutan yang subur didepan sana . berjalanlah kamu.tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. tebanglah sepohon pokoksaja. dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yangpaling cantik,segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.

pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.

maka gurunya pun bertanya: mengapa kamu memotong pohon seperti ini....?

pelajar itu menjawab: sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya.. .

maka guru itu menjawab: itulah perkahwinan. ......

tamat....

Kesimpulannya, usahlah terlalu memilih cinta, ditakuti anda akan terlepasnya, dan janganlah terlalu memilih jodoh, terimalah pasangan anda dengan seadanya. Tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini. Setiap insan pasti ada kelebihan dan kekurangannya

**COPY & PASTE DARI EMAIL ORANG...(^^,)